I. am Exclusive Dropship Part 5



Saya nak ucapkan terima kasih pada yang setia follow topik i am exclusive dropship dari part 1- 5 ni.

Apa yang saya kongsikan, saya cuba refresh balik apa yang saya buat dulu. Percayalah, setiap orang yang mungkin di mata anda "senang" sekarang melalui perit yang amat suatu ketika dahulu.

So , jika sekarang anda lalui peritnya nak berniaga di facebook, mungkin itu tanda2 anda akan berjaya nanti๐Ÿ˜‰ dengan syarat, Teruskan usaha!

Ketika saya create facebook yang sekarang ni guna ni, dulu namanya Dms Showcase. kononya tak nak kawan2 nurse saya tau saya berniaga, dan nak asingkan personal dan berniaga, last last semua aktif dalam ni ja yang kini ditukar nama MMarziana Shukri

so apa yang saya buat untuk tambahkan kawan dalam facebook adalah , saya add 10 orang setiap hari.

Saya masuk dalam group yang related , saya add ja 10 orang setiap hari. ye la, kalau friends di facebook ada 1000 ja, dan yang nampak posting kita 10% daripada jumlah friends tu, baru 100 orang. Dan 100 orang yang nampak tu katakanlah 10% yang klik like posting kita, baru 10 orang, yang membeli keberangkalian seorang ja!

so nak potensi pelanggan ramai, kena ramai la kawan. Dan bila dah add friends, setiap hari luangkan masa dengan seorang kawan.

caranya macam mana?

Like posting dia,
Komen posting dia,
pm dan ucapkan terima kasih approve kita dan sembang2 la tanya duk mengenai masing2 TaNPA menjual!

Tapi biasanya nak pm ni awal2 ja saya buat, bila dah dapat pelanggan, saya akan luangkan sehari untuk seorang pelanggan. sebab tu lah majoriti kawan saya masa awal saya bisnes adalah pelanggan saya.

Dari pelanggan -> sahabat.

Ini kita kata bina engagement, dan silaturrahim tanpa niat menjual. Orang sekarang suka pm terus menjual! ๐Ÿ˜“ tu orang unfrienda balik tu!

Berdasarkan pengalaman saya, bila kita dah bina rapor yang bagus dengn pelanggan kita tadi, mudah untuk dia suggest pada kawan2 dia untuk beli dengan kita dan juga mudah untuk dia timbul minat dan nak berniaga dengan kita.

kalau tak percaya apa yang saya katakan, saya tag terus seorang ni yang kini ejen ssc, Kami mula kenal masa zaman saya berniaga sengkuang calit lagi!

cer share NurNurul Shamsulina Ellynalu kenal mar camna๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

sebelum tu, siapa dapat apa yang saya cuba sampaikan ni?๐Ÿ˜Š

kalau faham klik like ๐Ÿ˜˜
‪#‎IamExclusiveDropship‬



1 comments:

  1. So , jika sekarang anda lalui peritnya nak berniaga di facebook, mungkin itu tanda2 anda akan berjaya nanti๐Ÿ˜‰ dengan syarat, Teruskan usaha!

    AAMIIN..

    ReplyDelete

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in