memaafkan




Saya terima soalan ni pagi tadi,

"Assalamualaikum,
Bila follow fb mar ,mar pernah cerita ditipu dan memaafkan.
Cuma nak tanya sebab apa ye mar maafkan penipu tu"

----
To be honest,

marziana yang dulu adalah marziana yang kuat berdendam.
Memaafkan sangat sukar,
terutamanya apabila ia melibatkan wang dan kehidupan saya.
Kalau menjawab directly sebab saya memaafkan, sebab saya pun pernah menipu orang suatu ketika dulu untuk invite kawan2 saya ke opis MLM , saya tipu kata nak ajak dia keluar makan la, keluar jalan2 la tapi lepas tu bawak dia closing sehingga benda tu buat hati saya berdarah.
Berdarah/ terluka apabila saya ingat semula, adakah mereka dah memaafkan saya? walaupun mereka tak berjaya diclosedkan tapi ia melibatkan persahabatan.

jujur,
saya malu dengan sahabat2 nursing saya yang tau isu ini.
Kemudian apabila saya stop MLM
saya pulak ditipu. Kifarah la tu kan.
tapi apa yang lagi pedih ia melibatkan wang. Semestinya perasaan ditipu dengan nilai yang hampir 80k membuatkan saya lagi pedih dan to be honest ketika tahun 2012-2013 jangan sapa sebut nama insan tu depan saya.

Sebab mood saya boleh terus berubah 360°.Saya belajar melepaskan perasaan yang tersimpan dalam hati ketika itu
1-Di Imkk di mana saya gunakan peluang untuk jerit dan lepaskan segala kesakitan dihati sepenuhnya dan saya belajar menyebut nama insan tersebut dan katakan saya memaafkan dia.

2- Di Super highway Wang di mana saya sangat sedar, bukan salah sesiapa pun. salah saya sebenarnya. Duit saya, tanggungjawab saya Tapi saya biarkan orang buat keputusan berkaitan duit saya dan saya ikut ja..

3- Kata orang, bila kita bencikan seseorang, hati kita tak bersih.Ada titik2 hitam. Rezeki sukar nak masuk pada hati yang tak bersih. Amalkan solat taubat. Tapi saya bodoh dulu, saya fikir solat taubat ketika bangun tahajud ja.. walaumacam mana pun saya amalkan istighfar.
Setiap kali saya istighfar, saya akan ingat maksud nya.Dan saya sungguh2 mahu Allah ampunkan saya dan saya pernah baca, istighfar dapat bersihkan hati.Istighfar saya bukan setakat 100x sehari Tapi selalunya lebih. Istighfar antara zikir favourite saya.

4- saya teringat kata kata ni,
kita memaafkan orang yang menyakiti kita bukan sebab dia layak dimaafkan, tapi sebab kita nak hidup bahagia tanpa sentiasa bawak dia dalam hati yang pedih ni..Setiap kali hati kita pedih, tak bahagia kita tak tenang. Nak buat semua benda jadi tak kena.

5- saya melatih diri untuk betul2 ke saya dah maafkan dia dengan cara bila saya teringat kisah ini , saya doakan semoga Allah beri hidayah dan kebahagiaan pada dia. Sebab kadang2 saya fikir, dorang ni tak takut mati ke? tak takut kena seksa ke nanti? Macam mana rezeki yang dia beri pada anak2 dia hasil tipu orang? anak dia tak bersalah pun.
Dan setiap malam, bila suami pasang ceramah ustaz abdullah khairi. saya akan ingat ni
" Hidayah milik Allah"
So, doakan ja dia.

6- apa yang buat saya lagi kuat untuk memaafkan dia adalah, saya sungguh2 menghayati kata kata ni
"setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya"
saya sentiasa mencari apa hikmahnya perkara tu terjadi pada saya.

Apa yang saya nampak,
1- saya jadi semakin kuat, kental dan lebih waspada.
2- saya bertanggungjawab dengan wang saya
3- kalau tak kerana ditipu teruk, saya takkan.buat bisnes online ni sungguh2 dan takkan.sampai ke level ni.
4- kalau ada orang datang dan minta saya invest kemudian, saya akan dapat bla bla bla bla setiap bulan .. 200% saya takkan beri. sebab saya rela susah payah sendiri dari mengharapkan income datang senang2. Even kalau saham pun, biar saya sendiri belajar dan buat daripada saya bagi orang dan kemudian tunggu ja pulangannya.

kalau ada pun memang black n white wajib ada.
inilah antara sebab saya memaafkan dia.
dan kalau dia baca status ini.

Terima kasih kerana pernah menipu saya.

saya harap jawapan ini menjawab persoalan saudari yang bertanya

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in