" orang tegur tanda dia sayang kita"

" orang tegur tanda dia sayang kita"

Dulu masa zaman sekolah, bila cikgu kata, cikgu marah ni, mak kamu duk marah marah ni tanda sayang tau!

Saya tak faham masa tu,
saya fikir kalau dah sayang, kenapa suka marah?

Cepat sangat saya judge tegur sebagai marah. Jiwa orang muda .
Bila semakin dewasa semakin saya faham, bertambah faham bila dah kahwin dan ada team sendiri dalam bisnes.

Sebab setiap kali saya menegur mereka, saya akan tegas dalam apa yang saya katakan. Biar mereka nak marah saya, nak kata saya marah tapi saya tau perkara tu saya dah lalui dan apa kesan positif pada mereka.

Pernah dulu, saya rasa fadeup dengan seseorang yang dalam team saya sehingga saya dah tak mau tegur apa yang dia buat. Dia jadi dalam diri " lantak kat hang ar, malas nak tegur"
bagi saya, kalau saya buat salah. Dan leader atau suami atau mak saya tak tegur.Itu bahaya! sebab kita akan selesa dalam keadaan yang salah!
Normal pada manusia setiap kali orang tegur, sentap!

tapi sentap tu la yang kita akan ingat dan setiap kali berlaku lagi, kita akan ingat teguran tadi. Betul kan?

So, tak apa ada orang tegur kita.
tu tanda dia take care dengan kita.

Jangan sampai dia tak tegur ja ,ok?
maaf pagi pagi bukan nak berletiaq tapi nak menyedarkan

p/s: hargai mereka yang banyak menegur kita , tanpa teguran mereka mungkin kita tak jadi macam kita sekarang


0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in