"Rumah ku , Syurga ku"

"Rumah ku , Syurga ku"


Adakah rumah kita adalah syurga kita?
Tanya balik pada diri,
bila kita balik rumah, 
adakah kita merasa tenang?
Adakah kita merasa bahagia?
jika tiada rasa tersebut,
bagaimana mahu berkata ia syurga?
tenang dan bahagia bukan semestinya rumah tersebut besar dan mewah.
tenang dan bahagia datangnya bila dalam rumah kita saling mengingati Allah dan Rasulullah.
tenang dan bahagia bila kita menghidupkan sunnah Rasulullah dalam rumah kita.
tenang dan bahagia bila Allah memberi Rahmat kepada keluarga kita.
Persoalannya bagaimana untuk meraih Rahmat Allah?
*Cukup Solat 5 waktu
*Bacalah Al Quran setiap hari di dalam Rumah
*Hidupkan 3/4malam.
*Hidupkan amalan sunnah Rasulullah.
Kalau ada dalam keluarga yang mana suami atau isteri atau mak atau ayah atau kakak atau abang atau adik yang bermasalah, doakan mereka.
Usah berhenti mendoakan mereka.
Usah berputus asa mendoakan mereka.
Kita tak tahu bila Allah nak beri hidayah pada mereka.
Usah menghina mereka,
sebenarnya bila kita ada ahli keluarga yang islam pada namanya sahaja bukan pada amalannya bukanlah ia ujian pada orang tersebut, tetapi ia ujian untuk kita juga.
Sebelum mengajak dia untuk solat, baca Al Quran, bangun tahajud, berpuasa, dhuha dan amalan lain, kita perlu buat dahulu.
Selepas itu kita ajak dia dengan lemah lembut untuk bersama sama kita.
Proses ini bukan mudah, anggap sahaja ini ujian daripada Allah untuk kita. Menguji kesabaran serta keimanan kita. Letakkan sebab utama kita adalah kerana Allah, moga moga Allah beri kekuatan pada kita.
Sayang semua, tiada lebih indah daripada mempunyai keluarga yang bahagia.Dan bahagia itu apabila dalam hati kita ada Allah 
salam subuh,
Marziana Shukri

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in