ELAKKAN 3 perkara ni bila kali pertama jumpa kawan baru




Kat sini saya nak kongsi ilmu "berkawan"
Tak kisah la nak berkawan dengan siapa pun orang tu,kali pertama jumpa sila ELAKKAN 3 perkara ni.
1- Elakkan minta percuma.
Tak kisah la orang yang anda jumpa tu founder produk ke penulis ebook ke wartawan ke.
Elakkan minta barang percuma atau masuk paper percuma untuk kali pertama jumpa.
Yer la, orang tu baru nak kenal kita.Ni kita dah pulun nak tunjuk sangat kita nak sangat percuma. Tak bagus untuk reputasi kita.
Walaupun Ebook tu tiada modal ..tapi tak bagus tau dan jangan buat ya..
2- Elakkan bergurau kasar.
Contohnya orang tu mungkin anda kenal dia orang panggil di sifu ke coach ke pakar ke..
Jangan kali pertama jumpa buat macam ramah sangat sampai pi perli
"ni eh yang sifu termuda tu? muda sangat la ni? " ( dengan nada sindir)
Niat tu mungkin nak bergurau, tapi kita ni baru nak berkawan.Berpada pada la nak bergurau...
3- ELakkan paksa
Kita mungkin nak sangat jumpa lagi orang tu next time..Tapi janganlah sampai memaksa dia minta dia setkan juga masa untuk kita dan kita mungkin teruja sangat nak belajar dengan dia sampai dia tak ambik coaching pun kita paksa gila gila dia terima nak coaching kita sampai dia tak selesa dah dengan kita.
sama jugak kalau dia bagi percuma dekat kita apa apa tawaran atau produk, jangan memaksa asyik bertanya bila nak pos atau bila nak bagi atau bila nak panggil.
Nak bertanya atau nak ingatkan biarlah dengan cara yang berlapik.
Kali pertama jumpa sangat penting supaya orang selesa berkawan dengan kita.Sebaik baiknya berkawan biarlah niat ikhlas silaturrahim.Selebihnya InsyaAllah peluang peluang baik akan muncul 

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in