Tahniah Ridzskin!






😍

Tahniah founder Ridzskin, Noor Asmidar Kasim dengan pelancaran lipsmatte terbaru dari Ridzskin!

Ridzskin lipsmatte ada lima warna menarik. 

1. Menton
2. Angelique
3. Turkestanica 
4. Linifolia
5. Fusilier 

Sebab saya jenis suka yang natural, jadi turkestanica adalah pilihan saya ! Sweet ja kan? 

Tahniah sekali lagi untuk RIDZSKIN!


5 Founder Bergabung



Photoshoot untuk majalah stailista bersama empat founder wanita dari negeri jelapang padi, Kedah.

Mereka adalah , 
Mandian Kurus, RedBella. Puan Azrina Shahidan
Lotion Kurus, Sexy Lady. Puan Berry Stoberry Fafa
Jamu Seri Pengantin, Puan Nur Hidayati Hassan
Kosmetik,Cinnamon Beauty, Puan Nia Hazwan

dan saya, Marziana Shukri , Gula-Gula Kurus MINCE :) 

Jangan lupa dapatkan Majalah Stailista edisi November nanti. In sha Allah . 

Tips Bagi Reward







Sebelum buat rewards, cer buat survey tanya dalam team. Apa barang yang mereka akan pulun untuk dapat?
Bila dah tau apa jawapan mereka , baru senang nak tentukan berapa kuantiti dalam masa berapa lama untuk dapat rewards tersebut.
Ada orang suka sesangat bercuti
Ada orang suka sesangat emas
Ada orang tak kisah apa pun dia akan pulun.
Sama macam team sales HQ , 3 bulan lepas mereka decide nak cincin. Kita set target, achieve target dapat cincin.
Bulan ni tanya nak apa.
Tak bagi jawapan.Kita letak sendiri lah apa rewardsnya ;)
Nak banyak choice emas dengan harga kasih sayang kena ke Kedai Emas Hajjah Halijah S/B

Latihan Memahami Manusia










"Penat weyh jaga ejen ni..ni tak kena.. tu tak kena..
restok tak teqa mana tapi dia punya complain..."
Ni luahan yang biasa dengar ,
dulu.. masa saya ada ejen, saya ingat saya ja duk alami benda ni.
Bila ramai yang meluahkan isu yang sama,
saya buat kesimpulan sendiri.
Benda ni normal bila melibatkan manusia.
At least kita belajar ragam manusia.
Mungkin kat sini nak ajar kita untuk memahami watak manusia dan macam mana nak handle mereka ni.
Sama jugak sebenarnya bila kita selalu deal dengan pelanggan, pelanggan pun macam macam perangai.Lama lama kita dah lali dengan perangai mereka kan.
Dalam soal ejen ni,
apa yang kita boleh buat adalah sebarang aduan tak dibenarkan luah di group.Mesti by personal sebab ia akan ganggu environment dalam group tersebut.
Kemudian,
jika kita perhatikan ejen yang selalu complain ni tak perform pun sales dia, tak perlu pening sangat fikirkan dia ni..
Baik kita fokus pada yang betul betul buat sales. Kalau mereka yang betul-betul buat sales dan buat complain kita kena alert lah dengan isu tersebut.
Manusia ni kalau dia tengah hot, kita lawan balik satgi masalah lagi besar.Bukan selesai pun. Paling rasa tak tau dah macam mana nak handle ejen bermasalah ni .
Buat solat hajat spesifik untuk ejen tu,
doa jika dia ni betul-betul bagus dalam bisnes kita minta Allah tunjukkan jalan penyelesaian.Jika sebaliknya, minta Allah gerakkan hati dia untuk keluar dari group kita dengan cara yang baik.

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in