MY IVF JOURNEY part 1


Tujuan mar kongsi cerita ni untuk geng geng TTC yang berhajat untuk buat IVF dapat bayangan apa macam mana journeynya.
Dan untuk anda yang tak pernah tahu mengenai IVF secara detail, secara tak langsung dapat tambah ilmu baru .
Asalnya mar decide nak buat di hospital goverment sultanah bahiyah. Sebabnya nak jimat kos dan duk rasa setahun tu tak lama mana pun sebenarnya bila duk sibuk dengan bisnes sambil sambil nak buat IVF kan?
Then mar minta klinik SP Family , tempat mar buat 2nd IUI buat surat refer. So bila mar dapat surat refer bulan 7 lagi.Hari mar ke hospital untuk set appointment semata mata dari SP- Alor star hanya untuk dapatkan tarikh untuk kaunseling.
So kat situ dah berasa macam jauh jauh hanya nak dapatkan tarikh macam buang masa kami. Then masa nurse yang nak bagi tarikh tu cakap,
"sebelum buat ivf , adik kena buat iui sekali lagi ya"
Masa tu mar dah bertambah tak best sebab memang tak nak buat iui dah.
Tu yang bila balik ja SP
semalaman mar search pengalaman orang dekat blog ivf sekitar penang dan alor star ni tapi tak da. Yang banyak sekitar KL.
Mar decide untuk buat dekat swasta paling murah. Hospital Lam Wah Eee. Tapi bila baca pengalaman orang jakarta yang nak ambik no giliran first time agaknya kena standby depan kaunter 5 pagi. Terus rasa cannot la camni.
Satu hal pepagi buta nak menunggu depan kaunter. Tambah , mar ni kesabaran menunggu ni tipis. Satgi duk stress pulak.
Ramai geng jakarta buat ivf dekat lam wah ee.Kemudian baru mar teringat Dr jasmima, doktor iui mar rekeman klinik vistana dekat alor star sebab dr yang buat procedure tu dr pakar sultanah bahiyah, dr murizah.
So mar google cari pengalaman orang pernah buat ivf dekat situ.Tak jumpa😭
Then search pulak dekat facebook. Mar nampak kisah sahabat fesbuk mar yang pernah buat iui dekat vistana. So mar terus pm dan sembang dengan dia.
So lepas sembang tu rasa lagi confident nak buat dekat klinik vistana.
Call ja untuk appointment.
Sebelum call, mar ada PM page tanya average cost ivf
RM15 000
rate yang lebih kurang sama dengan hospital swasta lain di penang.
Reason paling kuat mar pilih dekat vistana sebab mar nak dr perempuan.
Masa hari appointment.
Mar dengan syam diterang procedure IVF ni dan doc tanya bila kami nak buat ivf?
Disebabkan bulan 8 doc akan cuti sebab cuti sekolah time doc dengan anak anak. So kami decide bulan 9.
Tapi untuk hari tu, kami kena ambik darah untuk lab test. Dan ada jugak doc TVS scan nak tengok condition ovary dan uterus mar.
so first hanya kos RM250 kalau tak silap😅 tak snap pulak resit tu ha.
Bawah ni mar attach kos procedure tak termasuk ubat tau.
Untuk procedure OPU(ovum pickup)& embrio transfer akan dibuat di Tropicana Medical Centre penang.
Di vistana hanya sesi jumpa doctor untuk tvs dan ambil ubat.
p/s: Japg mar karang kos setiap ubat ya. Ni otw ke penang untuk procedure OPU esok pagi.

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in