MY IVF JOURNEY part 2


Setiap cycle bermula dari hari ke 2 period. So macam mar ada masalah period. Lepas raya haji, mar singgah klinik ambik ubat turunkan period.
Kos masa tu RM14 ja
Tak jumpa doktor.
Ambik ubat ja.
Bila hari pertama period, kita kena call klinik inform untuk arrange appointment dan prepare ubat untuk start day 2.
Disebabkan mar haritu day 2 jatuh hari agong, so mar jumpa doc hari ke 3.
Doc akan buat tvs.
Dan explain sekali lagi proses ivf.
Nurse akan ajar cara nak cucuk Gonal F dekat perut. Setiap orang dos tak sama, ikut masalah masing masing.
Tujuan Gonal F nak bagi telur (ovum) dapat banyak dan matang. Mar kena cucuk 150iu.
1 pen tu dos dia 300iu, tapi ada lebih sikit sebenarnya.So doc bagi 2 pen.
hari 1-4 cucuk set ja 150iu dan ccuk.
Hari ke 5 set pen A 75iu & pen B 75iu.
so hari ke 5 ja cucuk 2 jarum.
Semua ubat cucuk kena simpan dalam peti ais.
Sebab tu masa dapat ubat akan dapat sekali beg tahan sejuk.Kena bagi balik dekat klinik bila next appointment.
cara cucuk
picit perut bagi lemak timbul macam spare tyre tu.
ukur 2 jari dari pusat dan swab dengan alcohol swab dan cucuk menegak hingga rapat ke perut jarum tu dan picit.
**Pastikan cucuk setiap hari pada masa yang SAMA. mar ccuk 11.30 malam.siap set alarm lagi.
masa hari 1-5 tak lebam lagi
selang seli kiri dan kanan.
KOS masa ni RM 1 090
Hari ke 6 appointment dan doc akan tvs untuk cek saiz dan jumlah telur(ovum).
bila saiz tak mengembirakan, so doctor akan continue Gonal F. so 2 pen lagi dapat.
Dan ditambah ubat cetrotyde.
Tujuan nya nak elakkan telur yang dah matang pecah dulu.
Ubat ni kena bancuh dulu.
No worry, walaupun korang takda ilmu ni, nurse akan ajar
Mar yaang pernah belajar dulu pun belajar balik.Jangan nak tunjuk pandai..
so malam ke 6-9 -2 jarum
dan malam ke 10-3 jarum kena cucuk
kos RM 1900
then esoknya appointment dengan doc
tvs cek telur dan doc akan bgtau tarikh untuk OPU bila telur dah matang.
Doc akan bagi ubat cucuk last
UBAT CUCUK PALING PENTING sebab doc dan nurse repeat 3x masa cucuk untuk elak silap dan akan menyusahkan semua pihak.
Tujuan ubat ni (decapeptyl) nak luruh telur dari tangkai bak kata doctor supaya mudah masa sesi OPU.Dia kena cucuk 36jam sebelum OPU.kalau silap masa, nanti tak boleh buat OPU.
so macam mar kena cucuk 10malam 20hb 9
10 pagi 22hb 9 prosedure OPU akan ON.
2 jarum untuk cucuk kiri dan kanan
sebab kan kena cucuk 0.2mg.satu jarum 0.1 ja so kenalah 2 jarum
kos ni RM170 ja.
so total kena bayar sebelum OPU
ambik darah 1st RM250
2nd RM1090
3rd RM1900
4th RM170
TOtal: RM3410 ops + ubat turun period RM14
=RM3424
untuk klinik Vistana, semuanya kena bayar by cash.OPU esok dekat TMC boleh guna card.

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in