Procedure OPU di Tropicana Medical Centre Penang


3 hari sebelum OPU, bahagian bawah perut akan rasa tak selesa.Sebab ovary bengkak penuh ovum duk membesar.Ada jugak rasa sakit pinggang.
so ini mar tau.Korang mungkin akan rasa, mungkin tak.
1. cucuk ubat decapeptyl 36jam sebelum procedure. Yang ni dah inform posting part 2 kemaren.Doctor akan bagitau masa kena cucuk.So make sure tepati masa.
2. Kena Puasa dari 12 malam semalam bila procedure pukul 10 pagi tadi.So takda nak breakfast ke sahur ke. Sebab mar ni jenis tabiat air selalu tepi katil, suka minum sebelum dan selepas bangun tidur.So kena jauhkan masa tidur semalam tak nak bagi terlupa.
3. Pukul 9 kena ada di TMC dah untuk daftar dan sign kebenaran procedure dan salin baju. Pastikan barang kemas semua buka. Dorang akan bagi satu bilik khas. Somi somi duk situ ja sementara procedure.
4. Suasana dia bilik operation.Macam sapa biasa masuk operate, macam tu la. Doktor bius akan insert jarum di tangan dan bagi kita ubat bius penuh.
Tarik nafas , hembus nafas tak sampai 10 kali kita akan lena.Lepastu doktor akan masukkan tiub dalam mulut dan guna bantuan pernafasan mesin.Mar tau sebab dulu mar kerja nurse bantu doktor bius ni 
Tempoh procedure bagi mar tadi dalam 45min-1 jam ja
5. Sedar sedar nurse nak pindahkan ke katil dalam bilik tadi. So time tu jugak doc murizah masuk jenguk kejap dan bgtau berapa telur dapat dekat en somi.Sebab time tu mar mamai mamai, still sembang kejap dengan doctor bagitau box tahan sejuk tu nak bagi ke doc dan dengar la 15biji telur tu.
6. Maybe ubat bius dia tak kuat.So dalam duk mamai tu, mar sambil pejam mata.Tarik nafas dalam dalam dan hembus kat mulut perlahan lahan.Exercise paru2 la kononnya. Duk sat mata celik elok.Terus cari handphone dulu sebab mar suruh syam keluar checkout dengan pi breakfast dulu
Dia pun tak makan apa lagi pagi tadi.
7. Rasa lepas procedure tak sakit. Ada rasa sengal sikit je macam nak sengugut tapi sikit je rasa dia. Then syam kena serahkan spesimen dia.So tugas dia pulak.
8. Then mar salin baju sesiap sebab dah rasa ok.Then dorang bagi minum air milo . Dah tak sabar nak keluar sebab lapar 
Masa sedar sedar tadi terua rasa nak makan nasi dalca dekat jelutong.
Ni memang favourite mar ngan syam masa duk penang. kalau hampa google memang fames nasi dalca pak din jelutong ni.
9. Pukul 2 jumpa doctor TMC. Doc advice makan panadol harini bagi tahan sakit dan esok makan kalau sakit ja. Tapi mar tak makan pun harini sebab tak rasa apa. Panadol doktor bagi ya.
Then doc advise
- Berehat dekat rumah ja 2 hari ni.
(Rasa esok nak masuk opis jugak kalau sihat, bosan pulak tak masuk opis  )
- Banyakkan makanan protein especially telur.
- Elakkan angkat benda berat.
- Embriologist akan update esok berapa telur yang berjaya disenyawakan.
10. Sesi pembayaran boleh by cash/card/ transfer online.Kami transfer online ja.
Kos kena harini RM8 882.20
Medicine sebelum ni RM 3 424 + RM 8 882.20=
RM 12 306
(ni tak termasuk kos travel petrol+ tol+ hotel)
11. So tunggu next sesi InsyaAllah this november untuk frozen embrio transfer.

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in