Frozen Embrio Transfer Journey ❤️

supaya tak terlupa lagi,
So kali ni terus share dalam blog

So boleh bagi manfaat orang yang nak tau segala kos dan process 2nd FET(Frozen Embrio Transfer)

Tahun lepas baki lagi 5 embrio,
Dah bersedia nak transfer masuk lagi 2.

Kali ni,
Doc plan untuk stimulate hormon sebelum masukkan embrio.

Masa first time,
Doc just bagi ubat tebalkan dinding rahim.
Tapi tak berjaya.

So kita usaha cara lain kata doctor.
Kita stimulate hormon.

Doctor bagi ubat cucuk GonalF untuk cucuk 7 hari
Sehari 75u.

Tujuan nak bagi ovum kembang 1 ja
Then dinding rahim tebal by hormon.

Ok mesti ramai nak tau harga kan
First RM107 tu harga untuk scan tvs dan ambik ubat untuk period.

Second RM735 untuk
Scan TVS dan ubat cucuk untuk 7 hari.
Doktor bagi satu gonalF dan dalam syringe tu 2.

Seriusly cucuk guna syringe tu lagi sakit.
Rasa macam ubat dia lagi pekat.
Second time cucuk, berdarah keluar😭
2x cucuk, 2x nak menangis.
Jarum yang gonalF ok lagi sebab halus ja.

Walaupun dulu pernah cucuk masa nak Ovum pickup, kali ni ketaq jugak masa nak ccuk sebab dah lama kan. Setahun dah.

Then hari ni 5/9
Scan TVS, ovum belum ada 1 yang saiz matang dan dinding rahim pun belum saiz tebal yang sesuai untuk FET.

So kena tambah dos ubat.
Kali ni kena cucuk 4 hari dengan 87.5u.
Nanti 9/9 kena pi scan balik.

Actually masa awal dulu nak ambik ubat period, ada bgtau doctor, nak FET awal bulan 9.first week.

So doc dah susun time makan ubat.
Tapi kita ni merancang.
Allah Ya Baari lebih mengetahui apa yang terbaik.

Tarikh period lambat, so dah extend tarikh.
Then rahim belum ckup tebal, so extend lagi tarikh.

Mar tak sedih.
Im happy because i know, Allah susun yang terbaik untuk diri.

Macam hjung bulan lepas tetiba admin asistant berhenti. So harini baru staf baru masuk. Kalau kata first week mar Fet then mar kena rest 2 minggu. So sapa nak tolong admin kalau takda asisstant.

Thats why mar kata
Allah susun elok dah.
Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita fokus untuk matlamat kita mengandung dengan sihat dan lahirkan baby dalam keadaan selamat.

How progress tu serah kat Allah
Kita plan ja dan tawakal❤️
Ni kenangan resit




Ni gonalF tu

Ni memang kenangan betul. Sakit gila😭


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in