Total kos 1st IVF & Second IVF

Untuk memudahkan yang bertanya berapa total kos ya?

Sebab mudah nak budget.
Ok, kos ni tak termasuk hotel+petrol+tol ya.

Ni kos rawatan dan ubat sahaja.

Untuk ivf 2018
ambik darah 1st RM250
2nd RM1090
3rd RM1900
4th RM170
 ubat turun period RM14
Atas ni semua kos2 ubat makan+cucuk

OPU RM 8,882.20

Then lepas 2nd period, 
Doc bagi progysterone utk tebal rahim. 
Tak ingat dah kena berapa rm
Then bila dinding tebal, doc set date dan bagi sambung progysterone+crinone. (RM750) 
Nanti mar cek buku. Ada dak tulis kos masa ni. 

Then FRozen Embrio Transfer kena RM 2,835.20

Total kos tak termasuk hotel dan tol dan petrol
Hanya rawatan dan ubat= RM15, 891.40



Untuk 2nd 2019.
Mar start dari ubat ke FET ja sebab dah ada embrio yang tahun lepas.

💰Ubat period +tvs scan+jumpa doc=RM109
💰Gonal F utk 7 hari +tvs+jumpa doc=RM735
💰Tambahan Gonal F utk 4 hari+tvs+jumpa doc=RM595
💰Ubat makan tebal rahim, progysteron+tvs+jumpa doc=RM121
💰Sambung ubat progysteron & crinone utk sampai hari result+tvs+jumpa doc=RM959
💰Procedure masuk embrio =RM3835. 20

Total 2nd Treatment RM 6,354.20😢
(demi u baby😭)
Hotel 2 malam kat penang rm350
Tol, petrol tak kira lagi tu🤭

Total 1st IVF+2nd IVF
  • RM22, 245.60





0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in