Result Day dan story sepanjang 10 hari berehat di rumah

Cerita dia sebelum ni masa first ivf.
Mar rehat ja kat katil.
Rumah 2 tingkat, so syam beli makan pun bawak naik atas.

So terlalu berjaga jaga.
Solat atas kerusi, dah lepas 5 hari camtu baru solat biasa. Tapi Allah tak izinkan jugak kan masa tu tak berjaya.

So second ivf ni sebab banyak pi kelas metamorphosis. Belajar tenang, present moment. Balik pada masuk embrio dekat hotel pun mar solat macam biasa ja.

Kira tak da guna kerusi.
Niat bagi ada pengaliran darah ke rahim masa tu. Berjalan slow motion la jaga jaga.
Tapi bila balik rumah.
Mar tak stay atas katil ja.

Mar turun bawah pagi lepas mandi apa.
Makan pun mar keluar pi kedai. Husband bwak keta. Lepas makan balik rumah. Stay bawah sambil tengok TV. Malam keluar makan then balik. Kiranya still keluar rumah, turun tangga cuma slow2 la.

Sebabnya ada mar baca 2 blog.
Satu tu siap ada hari keberapa ntah, dia jalan dalam mall. Mak aih lagi dahsyat dia ni bisik hati mar. Dan Alhamdulillah mengandung.

Sorang lagi, dia siap masak.
Cuma angkat periuk ke apa dia tak buat la.
Still pregnant. Tu kata kita ni jangan risau sangat. Still berhati hati tapi bayangkan kita memang dah mengandung baby sihat dan selalu bayangkan kita memang dapat result tu positive.

Rasa perasaan happy bila dapat result positif. Macam 1st ivf yang gagal mar selalu macam prepare diri "camna eh kalau negative, apa perasaan aku, apa yang aku akan buat masa tu" seolah2 kita ni bersedia untuk result negative. Badan dan minda serta hati tak selari.

Since dah belajar ilmu diri ni.
Second ivf ni Alhamdulillah berbeza cara pemikiran. Doa pun penuh kesyukuran.
First redha 7 tahun Allah uji belum ada zuriat. Second, selalu feeling ada baby, bau baby, bygkan cium dahi baby. Then bila bangun pagi rasa ada baby dalam perut ni.

Masa balik rumah lepas 2nd ivf
Mar siap dah ricky pakej bersalin hospital kat sg petani ni. Nampak dak.? Dah feeling pregnant la tu nak bersalin dah.

Siap bincang dengan husband nak bersalin mana🤭🤣.

20hb masuk embrio
27hb mar travel pi KL
28, 29, 30 mar ada kelas.
Tanya doc, tak pa ka saya pi kelas.
Doc kata okeyh no problem. Takda lasak lasak kan?

Mmg ganas 2nd ivf ni
Siap masuk kelas lagi.
Bila musafir, doa utk baby.

Actually mar bawak jugak upt 1🤭

MasyaAllah. Terima kasih Allah.
Double line😭
Speechless
Tak terkata

Setelah  7 tahun.
Setelah 2 kali iui
Setelah 2 kali on clomid
Setelah macam2 jenis jamu dan suplement
Setelah 3 orang mengurut
Setelah 2 kali ivf

Baru Allah izinkan untuk diri ini melihat double line😭.

28.9.2019, 2 pagi.
Bangun dan tergerak terus ambik UPT dan try.

Allah, rasa macam takut jugak.
Pejam mata "Ya Allah, aku redha"
Buka mata, belek

"Macam double line, tapi tak berapa nampak. Ya ka ni" bisik hati.

So biarkan dulu atas sinki, ambik wudhuk nak solat dah alang alang terjaga ni.
Elok nak pakai telekung, pi tengok balik la. Tak tenang pulak satgi nak solat😅.

Ya Allah.
Im speechless.
Seperti dalam gambar. Line merah mula nampak walaupun dah pudar.
Harini hari ke 7 lepas embrio masuk.
Nak ikutkan masih awal nak cek. Jarang kes cek upt boleh nampak time ni.

MasyaAllah Terima kasih Allah.
Bayangkanlah solat dengan penuh rasa kesyukuran. Ya Allah, ini ka rasanya tengok double line? Tak terkata. Tak percaya.

Mar tahan diri dari bagitau syam.
Walaupun sebenarnya dia tak tidur lagi time tu.
Sebab dia tak bagi mar cek lagi UPT sampai tarikh untuk test darah.

Impian mar,
Mar nak rakam situasi mar bagitau syam.
(nanti mar share video tu, InsyaAllah. Siap kena marah test upt🤣haru laki aku)
Sebab tu jugak, simpan dulu. Tak bagitau dia.
MasyaAllah,tak boleh tidur dah lepas tu 🤣

Mar tahan diri dari story journey 2nd IVF mar di FB. Tapi mar tulis ja sebenarnya di blog mar. InsyaAllah mar story balik lepas ni supaya sahabat lain mudah untuk baca bagi yang tengah TTC.

Hanya orang ttc faham perasaan ni.
Bila duduk terkenang cucuk berpuluh jarum.
Sakit sana sini.
Syahdu rasa.

Mar percaya 7 tahun yang Allah beri tempoh sebelum dikurniakan zuriat ini, ada terlalu banyak hikmah yang Allah ajarkan.

Ya memang banyak hikmah.
InsyaAllah, moga Allah izinkan mar kupas satu persatu hikmah dan tips yang mar amalkan kali ni. Semoga dengan asbab amalkan tips2 ini nanti. Makin ramai berjaya pregnant.

Boleh #tag sahabat yang sedang berTTC di ruang komen.
Mar nak support dan doakan mereka.
Im feel u.

30hb beli yang digital pulak test. 1hb balik sp, tesy darah pulak😂



1 comments:

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in