Transform dari bilik kucing ke garden artificial

 Bismillah

Lamanya tak update blog

Bersawang teruk ni hahaha


Harini nak update bukan nak tayang

Nanti nak throwback senang🤣


Kalau orang tanya balik kos ke semua senang nak cari

ni gambar waktu malam



Ni gambar siang masa duk photoshoot


ni kos dia



Rindunya kat garfy😭

Dlu blik kucing


Garfy dah mati


Olif dgn kitty dah ada tuan baru

Sob sob sob


Rindu kat garfyyyyy

Harap2 jumpa kat syurga


Kalau nak tengok cara buat

Klik link youtube link youtube


Kalau nak tengok gambar2 lain dan penerangan tengok kat fbfb



Tumpah darah!






Macam macam ujian kesihatan betoi😅
Hari 54 lepas kehilangan kembar. Darah non stop, tak nampak tanda2 nak stop.

Pi klinik Sp Family kemaren scan macam ada something. Doc masuk ja mulut itik terus bleeding. Bukan sikit, banyak sampai staf klinik pakat gelabah. Nyaris2 call ambulance kalau darah tak stop.

Terus doc buat surat refer mai hospital.
Piiii musim2 covid19 ni kena admit wad. Susah hati dah, habaq kat doc pi swasta boleh? Doc suruh pi gov ja senang apa2. Maybe doc pun cuak sebab bleeding banyak. Tapi hb ok, bp pun ok.

So semalam buat ERPOC. Bius separuh. Firstime merasa bius separuh, dulu appendix dengan ovum pickup bius penuh. So ni kita sedar masa doc buat procedure.

Alhamdulillah xda komplikasi apa2
Tadi doc scan dan boleh balik satgi.

Musim covid19 ni
⛔Tiada pelawat dibenarkan. So takda waktu melawat
⛔Tiada peneman dibenarkan. So duk la hang kat hospital tu tanpa penjaga.
⛔Suami nak hantar barang pun kena pas dekat guard, guard mai hantar kat katil

Nasib semalam ja kena stay.
Merana kalau lama2 macam ni.
Macam mana la yang PUI covid(patient under investigate) & yang sah positive tu.

Lagi jenuh dalam wad sorang2
Jaga kesihatan
Stay at home
Kerapkan cuci tangan, pakai mask.

Sebenarnya mar macam fobia masuk wad ni.
Semalam bila salin baju hosp terus teringat kembar. Moment2 dulu. Teriyaq la sorang2.

Disebalik senyuman
Ada cerita pedih kena telan😬

Bye👋

Berpantang🙄

Huh..
Fasa yang aku rasa antara fasa yang aku tak suka selain alahan.

Sebab?
Sebab mood time berpantang ni,
Aku jadi lebih sensitif,lebih mudah merajuk, lagi senang naik angin, lagi cepat nangis.

Mengandung dulu takda macam ni.
Entah berapa kali dah aku gaduh ngan syam masa pantang ni😅

👉👈

Serius beb
Bukan saja saja.
Aku pun tak tau macam mana nak describe bila dia mai nak naik angin tu anytime ja.
Sedih tu pun camtu.
Kadang2 dalam 5 minit duk makan sorang2 pun boleh nangis.

But im surely
Aku belum meroyan🤣
Satgi hangpa kata aku gila pulak😅

Just maybe dalam keadaan tak suci ni
Gangguan syaitan tu banyak😅
Nak keluar rumah, nak aktif sibukkan diri terbatas.

Well,
Orang bisnes ni dia mana reti duk diam😅
Tu yang jadi lagi stress kekadang.

Ni pun aku menaip pukul 12.47pagi.
Tak tidoq lagi sebab rasa stress 😌
Tak tau mana nak luah.
So aku luah sini.

Aku tak tau macam mana kalau berpantang ada baby yang nangis melalak malam malam. Tapi pengalaman aku berpantang tanpa baby, seriusly effect emosi jugak woi.

Keep on dalam kepala aku
Umur aku tahun ni 30
Bila pulak aku nak mengandung dapat anak ni.

Lepastu kalau aku lekat sendiri dalam tahun ni jugak, aku kena continue fasa alahan. Pi klinik  hospital pulak😅

Trauma+rushing of time dengan umur semua. Buat rasa serba tak kena.

Sometime aku fikir
Kan aku dah belajar metamorphosis.
Bertenang. Enjoy the moment.
Feeling the present moment.
Tak payah risau masa akan datang

Tapi since mood yang swing masa pantang ni. Memang berlawan dengan diri sendiri 😔

Tu belum tetiba datang fikir yang bukan2 lagi. 😩Serius weyh.. Ujian besar nak handle emosi diri sendiri ni time berpantang.

So no wonder la orang meroyan time ni.




27.1.2020 auni dan aura pergi tinggalkan mummy dan dady

Cerita dia 25. 1 2020
Gerak dari kb ke kt.
Elok sampai hotel 6 petang.

Tak keluar mana, even malam tu order makanan hotel ja. Duk baring atas katil malam tu rasa belengaih. Ingat keputihan ja tapi ada sekali cecair jernih. Bukan air ketuban lagi. Tak rasa suam pun. Rasa biasa ja.

Esok pagi ajak syam cari klinik yang ada scan baby, pi jumpa doktor. Pagi 26hb tu dah start rasa nak demam. Breakfast pun sikit ja. Tak lalu dah.

1 klinik tutup sebab CNY
1 klinik lagi kena appointment utk scan. Sebab plan nak scan sekali.
Then pi klinik ke 3,jumpa doc sembang.

Doc kata scan pun no function.
Ada satu kertas boleh cek samaada tu air ketuban atau keputihan ja. Risau yang tu ketuban leaking, so doc buat surat suruh pi hospital terus.

Sampai hospital mula ke unit ibu dan baby, sebab bawah 23minggu kena melalui emergency.

Dah start demam naik masa ni. Suhu 38.5, nurse bagi panadol 2 biji sementara tunggu turn jumpa doctor. Dari pukul 10. 45, pukul 12 lebih jumpa doktor.

Doc scan, baby dua2 ok, ada heartbeat lagi. Cek bukaan pun takda buka lagi.
Then  cek urin, doc kata ada kotor so kena admit on antibiotik. Kot mana pun haritu kena admit jugak.

Sebelum naik wad, ambik darah then nak tunggu naik wad mar dah lapar🤣 pkul 1 dah weyh.. Perut masuk angin satgi. Tanya nurse nak pi makan dlu dia kata nak naik wad dah. Ok

So sampai wad, nurse kata kena scan dulu baru dia bagi katil. Ada 2 pasangan tengah tunggu nak scan. Ingatkan sat ja, sejam jugak tunggu turn. Sampai suruh syam turun belikan roti dengan nasi. Syam siap makan naik balik pun tak sampai turn lagi.

Doc scan dan cek laluan pulak.
Terkejut mar bila doktor kata buka dah laluan 2cm dan selaput dah keluar, doktor tak boleh tolak selaput masuk, satgi pecah. Dan doktor cakap direct yang risiko baby tak boleh selamat.

Bayangkan masa tu dah tak sihat dah.
Then tetiba doktor tu direct ja cakap. Doktor pulak jenis cakap tak lapik dah ni. Direct terus, memang meleleh dah air mata masa tu.

Then doc pakar masuk scan dan explain yang kena baring tinggikan punggung untuk bagi graviti tolak masuk selaput tadi dan kalau esok scan masuk dah, dorang nak jahit cervix.

Sekali lagi terkejut😅
Sampai jahit bagai.
Then doc tak bagi jalan, baring ja.
Nak ke katil pun doc suruh syam ambik wheelchair.

Otw ke katil tu, mar dah nak pitam atas wheelchair.Dengan lapar, mood pun down, badan tak sihat memang nak pengsan  dah.

Masa tu syam kata dia pun takut dah sebab nampak mata putih mar ja masa tu. Nurse semua terus kalut duk cakap jangan pejam mata.terus panggil doc angkat naik atas katil

Baru lah ok sikit bila baring tu, syam suapkan air dengan nasi. Tapi malangnya semua yang makan semua muntah balik. Haritu muntah 4-5x, ubat panadol makan pun muntah balik.

Malam tu 12.lebih start rasa cramp2 dekat perut. Ingat biasa ja sebab still boleh tidur, tapi malam tu pun tak boleh tidur sangat sebab suhu naik sampai 39.nurse ambik kain basahkan kat dahi nak bagi suhu turun.

Kira cram tu on off sampai pukul 1 lebih start kuat. Sampai ke pinggang, sampai ada rsa nak buang air besar. (ni dah susah hati dah, nak bgtau nurse tapi xda nurse kat kaunter masa tu)

Bangun duduk atas katil jap.
Masa duduk tu datang cramp yangkuat gila tetiba Flushhh terasa air keluar suam2 macam darah period tetiba keluar tu.. Mar ingat darah dah. Sampai takut nak pusing tengok kat katil. Bila pusing habis basah lencun air biasa. Now i know, air ketuban dah pecah.

Tak teringat button call nurse tu🤣
Turun jalan slow2 sambil menitik air tu cari nurse bagitau air saya keluar banyak dah ni.
Basah lencuh kain katil sekali.

Nurse suruh baring atas katil rawatan sambil kepit kaki sebelum doc mai. Sambil tu cramp tu duk mai lagi. Rupanya tu contraction😅

Bila doc mai, dia scan
Dia kata kepala baby dalam laluan dah. Memang tak boleh selamat dah ni kena bersalin dia kata. Dengar mar demam macam ni dia kata, selagi mar tak bersalin, selagi tu lah mar demam. Lagi bahaya kalau infection ke salur darah boleh lagi teruk mar kalau sampai ke buah pinggang dan otak.

Doc suruh call syam datang terus.
Nasibla sekali call terus dia angkat.
Dan nasib baik hotel 5min ja dari hosp.

Ada jugak mar tanya nurse
"boleh tak kalau saya bersalin 1 baby ja, 1 baby selamatkan?". Nurse kata mmg tak boleh😢. Dua2 kena keluarkan.

4 pagi smpai labour room suhu 37. 8
Sebab semua orang terlampau risaukan suhu mar. Mar pun jadi takut, takut komplikasi dekat mar pulak.Mar memang redha dah untuk lepaskan baby.

Sampai labour room, bukaan 7cm dah.
Heart beat dua2 masih ada.
Doc on pitoxin dan jangkaan doc pkul 7pagi bukaan penuh.

Auni keluar dah tak bernyawa.
Aura keluar masih ada heart beat.
Nurse letak atas dada mar.
Bila mar sentuh kaki dia, dia gerak2.

Syam kata hidung dia macam mar.
Mar kata bibir dia macam syam.
Masa tu memang takda setitik air mata keluar.

Syukur sangat bilik bersalin hosp sana selesa.
Syam boleh masuk teman dari awal sampai mar nak keluar wad.nurse yang jaga mar sambut baby, keluarkan uri pun bagus sangat. Siap bagi kata2 semangat dekat mar dengan syam.

So tu bagi mar pengalaman yang mahal sangat. Pengalaman bersalin biasa bersama suami disisi sebabnya nak ikutkan mar kena ceaser kalau twin ni.

Tapi esoknya dalam wad, mar dah macam rindu. Asyik meleleh air mata sorang2.

Gitu lah ceritanya.
Dan Alhamdulillah walaupun kami xda sedara mara kat ganu, Allah mudahkan urusan. Kawan tolong kami setlekan pengebumian auni dan aura. Tanah perkuburan pun dekat ja dengan hospital.

Dan Alhamdulillah demam mar terus hilang lepas bersalin, xda komplikasi apa2 dekat mar.
Yang nampak muka tu aura(adik)
Auni badan dia merah2.. Bukan lebam tu
Rasa dah infection ke dia.

Apapun tunggu result specimen bulan 3 ni


Mummy miss u auni aura


Last night
Malam mandi air mata.
Maybe sebab badan letih sama. Lepastu semalam naik tidur bilik kes kesian dekat syam tak boleh tidur kat bawah atas toto.

Bila naik bilik,
Nampak gambar scan baby kat whiteboard yang firstime dapat tau twin. Terus berderai air mata rindu.

Then, tengok meja teringat duk tulis moment2 dalam buku journey pregnant. Tu tak buka laci ambik buku tu. Kalau tulis tu lagi berderai.

Last month jugak kami ricky kereta untuk preparation naik dengan twin. Nak isi 2 stroller, 2 car seat, nnt bag lagi. Bila nak travel mmg tak muat kereta sekarang.
Teringat dekat labour room lepas twin keluar, mar kata kat syam. Boleh cancel ambik kereta.

Hari otw balik sp, bank call loan lulus. Harini bila kereta tu park kat rumah, mar nangis lagi.

Takda perasaan excited.
Tapi perasaan rindu dan sayu.
Sebab teringat nanti naik tu berdua ja.
Nangis lagi.

Sambil tu terus cari pendrive
Transfer semua gambar dalam hp ni ke sana.

Dalam hp ni penuh gambar moment dari embrio transfer hingga ke pantang.
Mar pulak visual.

Bila tengok gambar tu clear ingat moment masa tu. Sampai tengok gambar hard rock pun teringat gila muntah teruk 2malam kat hotel lepastu terus admit wad.

Then bila syam naik atas,
Cakap pasal bisnes. Tetiba ada tak clear kat situ jadi badmood, merajuk sampai rasa nak turun tidur sorang2 kat bawah.

Adoilaaa
Sejak pantang ni syam kata mar asyik nak marah ja. Sensitif pun ya. Ada ja nak merajuk. Sampai rasa masa mgandung dulu takda pulak camni😅

Tak tau mana nak luah perasaan ni.
So mar tulis simpan sini.

❤️Auni  aura, mummy miss u😭


 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in