27.1.2020 auni dan aura pergi tinggalkan mummy dan dady

Cerita dia 25. 1 2020
Gerak dari kb ke kt.
Elok sampai hotel 6 petang.

Tak keluar mana, even malam tu order makanan hotel ja. Duk baring atas katil malam tu rasa belengaih. Ingat keputihan ja tapi ada sekali cecair jernih. Bukan air ketuban lagi. Tak rasa suam pun. Rasa biasa ja.

Esok pagi ajak syam cari klinik yang ada scan baby, pi jumpa doktor. Pagi 26hb tu dah start rasa nak demam. Breakfast pun sikit ja. Tak lalu dah.

1 klinik tutup sebab CNY
1 klinik lagi kena appointment utk scan. Sebab plan nak scan sekali.
Then pi klinik ke 3,jumpa doc sembang.

Doc kata scan pun no function.
Ada satu kertas boleh cek samaada tu air ketuban atau keputihan ja. Risau yang tu ketuban leaking, so doc buat surat suruh pi hospital terus.

Sampai hospital mula ke unit ibu dan baby, sebab bawah 23minggu kena melalui emergency.

Dah start demam naik masa ni. Suhu 38.5, nurse bagi panadol 2 biji sementara tunggu turn jumpa doctor. Dari pukul 10. 45, pukul 12 lebih jumpa doktor.

Doc scan, baby dua2 ok, ada heartbeat lagi. Cek bukaan pun takda buka lagi.
Then  cek urin, doc kata ada kotor so kena admit on antibiotik. Kot mana pun haritu kena admit jugak.

Sebelum naik wad, ambik darah then nak tunggu naik wad mar dah laparšŸ¤£ pkul 1 dah weyh.. Perut masuk angin satgi. Tanya nurse nak pi makan dlu dia kata nak naik wad dah. Ok

So sampai wad, nurse kata kena scan dulu baru dia bagi katil. Ada 2 pasangan tengah tunggu nak scan. Ingatkan sat ja, sejam jugak tunggu turn. Sampai suruh syam turun belikan roti dengan nasi. Syam siap makan naik balik pun tak sampai turn lagi.

Doc scan dan cek laluan pulak.
Terkejut mar bila doktor kata buka dah laluan 2cm dan selaput dah keluar, doktor tak boleh tolak selaput masuk, satgi pecah. Dan doktor cakap direct yang risiko baby tak boleh selamat.

Bayangkan masa tu dah tak sihat dah.
Then tetiba doktor tu direct ja cakap. Doktor pulak jenis cakap tak lapik dah ni. Direct terus, memang meleleh dah air mata masa tu.

Then doc pakar masuk scan dan explain yang kena baring tinggikan punggung untuk bagi graviti tolak masuk selaput tadi dan kalau esok scan masuk dah, dorang nak jahit cervix.

Sekali lagi terkejutšŸ˜…
Sampai jahit bagai.
Then doc tak bagi jalan, baring ja.
Nak ke katil pun doc suruh syam ambik wheelchair.

Otw ke katil tu, mar dah nak pitam atas wheelchair.Dengan lapar, mood pun down, badan tak sihat memang nak pengsan  dah.

Masa tu syam kata dia pun takut dah sebab nampak mata putih mar ja masa tu. Nurse semua terus kalut duk cakap jangan pejam mata.terus panggil doc angkat naik atas katil

Baru lah ok sikit bila baring tu, syam suapkan air dengan nasi. Tapi malangnya semua yang makan semua muntah balik. Haritu muntah 4-5x, ubat panadol makan pun muntah balik.

Malam tu 12.lebih start rasa cramp2 dekat perut. Ingat biasa ja sebab still boleh tidur, tapi malam tu pun tak boleh tidur sangat sebab suhu naik sampai 39.nurse ambik kain basahkan kat dahi nak bagi suhu turun.

Kira cram tu on off sampai pukul 1 lebih start kuat. Sampai ke pinggang, sampai ada rsa nak buang air besar. (ni dah susah hati dah, nak bgtau nurse tapi xda nurse kat kaunter masa tu)

Bangun duduk atas katil jap.
Masa duduk tu datang cramp yangkuat gila tetiba Flushhh terasa air keluar suam2 macam darah period tetiba keluar tu.. Mar ingat darah dah. Sampai takut nak pusing tengok kat katil. Bila pusing habis basah lencun air biasa. Now i know, air ketuban dah pecah.

Tak teringat button call nurse tušŸ¤£
Turun jalan slow2 sambil menitik air tu cari nurse bagitau air saya keluar banyak dah ni.
Basah lencuh kain katil sekali.

Nurse suruh baring atas katil rawatan sambil kepit kaki sebelum doc mai. Sambil tu cramp tu duk mai lagi. Rupanya tu contractionšŸ˜…

Bila doc mai, dia scan
Dia kata kepala baby dalam laluan dah. Memang tak boleh selamat dah ni kena bersalin dia kata. Dengar mar demam macam ni dia kata, selagi mar tak bersalin, selagi tu lah mar demam. Lagi bahaya kalau infection ke salur darah boleh lagi teruk mar kalau sampai ke buah pinggang dan otak.

Doc suruh call syam datang terus.
Nasibla sekali call terus dia angkat.
Dan nasib baik hotel 5min ja dari hosp.

Ada jugak mar tanya nurse
"boleh tak kalau saya bersalin 1 baby ja, 1 baby selamatkan?". Nurse kata mmg tak bolehšŸ˜¢. Dua2 kena keluarkan.

4 pagi smpai labour room suhu 37. 8
Sebab semua orang terlampau risaukan suhu mar. Mar pun jadi takut, takut komplikasi dekat mar pulak.Mar memang redha dah untuk lepaskan baby.

Sampai labour room, bukaan 7cm dah.
Heart beat dua2 masih ada.
Doc on pitoxin dan jangkaan doc pkul 7pagi bukaan penuh.

Auni keluar dah tak bernyawa.
Aura keluar masih ada heart beat.
Nurse letak atas dada mar.
Bila mar sentuh kaki dia, dia gerak2.

Syam kata hidung dia macam mar.
Mar kata bibir dia macam syam.
Masa tu memang takda setitik air mata keluar.

Syukur sangat bilik bersalin hosp sana selesa.
Syam boleh masuk teman dari awal sampai mar nak keluar wad.nurse yang jaga mar sambut baby, keluarkan uri pun bagus sangat. Siap bagi kata2 semangat dekat mar dengan syam.

So tu bagi mar pengalaman yang mahal sangat. Pengalaman bersalin biasa bersama suami disisi sebabnya nak ikutkan mar kena ceaser kalau twin ni.

Tapi esoknya dalam wad, mar dah macam rindu. Asyik meleleh air mata sorang2.

Gitu lah ceritanya.
Dan Alhamdulillah walaupun kami xda sedara mara kat ganu, Allah mudahkan urusan. Kawan tolong kami setlekan pengebumian auni dan aura. Tanah perkuburan pun dekat ja dengan hospital.

Dan Alhamdulillah demam mar terus hilang lepas bersalin, xda komplikasi apa2 dekat mar.
Yang nampak muka tu aura(adik)
Auni badan dia merah2.. Bukan lebam tu
Rasa dah infection ke dia.

Apapun tunggu result specimen bulan 3 ni


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in