Berpantang🙄

Huh..
Fasa yang aku rasa antara fasa yang aku tak suka selain alahan.

Sebab?
Sebab mood time berpantang ni,
Aku jadi lebih sensitif,lebih mudah merajuk, lagi senang naik angin, lagi cepat nangis.

Mengandung dulu takda macam ni.
Entah berapa kali dah aku gaduh ngan syam masa pantang ni😅

👉👈

Serius beb
Bukan saja saja.
Aku pun tak tau macam mana nak describe bila dia mai nak naik angin tu anytime ja.
Sedih tu pun camtu.
Kadang2 dalam 5 minit duk makan sorang2 pun boleh nangis.

But im surely
Aku belum meroyan🤣
Satgi hangpa kata aku gila pulak😅

Just maybe dalam keadaan tak suci ni
Gangguan syaitan tu banyak😅
Nak keluar rumah, nak aktif sibukkan diri terbatas.

Well,
Orang bisnes ni dia mana reti duk diam😅
Tu yang jadi lagi stress kekadang.

Ni pun aku menaip pukul 12.47pagi.
Tak tidoq lagi sebab rasa stress 😌
Tak tau mana nak luah.
So aku luah sini.

Aku tak tau macam mana kalau berpantang ada baby yang nangis melalak malam malam. Tapi pengalaman aku berpantang tanpa baby, seriusly effect emosi jugak woi.

Keep on dalam kepala aku
Umur aku tahun ni 30
Bila pulak aku nak mengandung dapat anak ni.

Lepastu kalau aku lekat sendiri dalam tahun ni jugak, aku kena continue fasa alahan. Pi klinik  hospital pulak😅

Trauma+rushing of time dengan umur semua. Buat rasa serba tak kena.

Sometime aku fikir
Kan aku dah belajar metamorphosis.
Bertenang. Enjoy the moment.
Feeling the present moment.
Tak payah risau masa akan datang

Tapi since mood yang swing masa pantang ni. Memang berlawan dengan diri sendiri 😔

Tu belum tetiba datang fikir yang bukan2 lagi. 😩Serius weyh.. Ujian besar nak handle emosi diri sendiri ni time berpantang.

So no wonder la orang meroyan time ni.




0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in