Mummy miss u auni aura


Last night
Malam mandi air mata.
Maybe sebab badan letih sama. Lepastu semalam naik tidur bilik kes kesian dekat syam tak boleh tidur kat bawah atas toto.

Bila naik bilik,
Nampak gambar scan baby kat whiteboard yang firstime dapat tau twin. Terus berderai air mata rindu.

Then, tengok meja teringat duk tulis moment2 dalam buku journey pregnant. Tu tak buka laci ambik buku tu. Kalau tulis tu lagi berderai.

Last month jugak kami ricky kereta untuk preparation naik dengan twin. Nak isi 2 stroller, 2 car seat, nnt bag lagi. Bila nak travel mmg tak muat kereta sekarang.
Teringat dekat labour room lepas twin keluar, mar kata kat syam. Boleh cancel ambik kereta.

Hari otw balik sp, bank call loan lulus. Harini bila kereta tu park kat rumah, mar nangis lagi.

Takda perasaan excited.
Tapi perasaan rindu dan sayu.
Sebab teringat nanti naik tu berdua ja.
Nangis lagi.

Sambil tu terus cari pendrive
Transfer semua gambar dalam hp ni ke sana.

Dalam hp ni penuh gambar moment dari embrio transfer hingga ke pantang.
Mar pulak visual.

Bila tengok gambar tu clear ingat moment masa tu. Sampai tengok gambar hard rock pun teringat gila muntah teruk 2malam kat hotel lepastu terus admit wad.

Then bila syam naik atas,
Cakap pasal bisnes. Tetiba ada tak clear kat situ jadi badmood, merajuk sampai rasa nak turun tidur sorang2 kat bawah.

Adoilaaa
Sejak pantang ni syam kata mar asyik nak marah ja. Sensitif pun ya. Ada ja nak merajuk. Sampai rasa masa mgandung dulu takda pulak camni😅

Tak tau mana nak luah perasaan ni.
So mar tulis simpan sini.

❤️Auni  aura, mummy miss u😭


0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in