pitam di rumah 25.6.2021

Minggu 19week dah tapi alah macam makin menjadi lately

Semalam muntah dari petang sampai 4pagi. Tidur pun xlena.

So pagi 25.6 turun breakfast buat cokodoq bilis. Lepas setengah jam makan ubat kencg manis sebiji. Sebenarnya tak la tgi mana kncg manis tapi sebab doc suh makan.. Makan ja la..

Dalam pkul 11 lebih rasa tak terah duk
Serba tak kena
Bangun buka peti nak ambik air soya.

Elok duk kat kerusi meja makan rasa berpinar mata.
Nak bangun ambik kurma pun rasa pening. 

Terus jerit"abang! "
Syam tdur lagi kat atas sebab dia pun xlena semalam.
Banyak kali jugak mar jerit sampai macam nak teriyaq dah ni.. Makin nak pitam ni.. 

Nasib dia turun dan terus suh dia buka kipas, ambik kurma dengan mamariam.

Ya Allah.. Peluh cerau masa tu.
Nextime kalau muntah teruk tak mau dah pagi tu mkn ubat.

Pagi tadi pun xmakan ubat sebab semalam pun baru nak recover.. Petang maren pun muntah lagi. Mlm ja x.

Harini 26.6 Alhamdulillah tak muntah lagi setakat ni. Tapi story ni akan bawa ke anak2. Mencabar mummy bawak kamu kali ni.

Cepat la 4 bulan
Mummy tak sabar sayang
😅
Hari2 duk tgk perut ja.. Dah rasa cekang, membesar.. Macam mana dia punya besar nanti 9bulan😅

Hampir Pitam - 8.6.2021

Kemaren tragedi hampir pitam berlaku masa kat farmasi. Lepastu dalam kereta pun jadi. Masa jadi tu betul2 teringat memory kat hospital masa auni aura.

Allah!
Hampir pitam sampai naik mata putih kejadian dulu.

Ceritanya kemaren breakfast awal sebelum pkul 9am.biasa 9-10am baru brrakfast.

Lepastu pi klinik jumpa doctor review my bacaan bsp. Pkul 11 camtu baru jumpa doc. Then doc kata kena start ubat metformin (kcg mnis) sbb bcaan gula mkn tgh hari tgi.. 7.6

Ok then kena pu farmasi kat klinik bandar baru. Ramai jugak org tapi lega masuk dalam tu ada aircond. Tgk jam 11.45 dah.. Tetiba lambat plak no gliran.. No mar 19.elok no 18 terasa pening.. Terus jalan pi penjuru sudut buka mask, kipas2..

Nampak ada org nak pas description ubat terus potong kata"maaf bg saya dlu, saya pening" jalan pi kat keta terus buka mask.

Masuk keta minum air kosong ja. Xprepare apa2 manisan. Ok skit dah.. Alang2 otw balik singgah beli makanan bgkus.. Husband ja trun.. Sekali masa tu rasa nak gelap dah mata.. Terus cakap
"abg pening"

Buka anak tdung
Buka tdung

Syam terus pecut.. Sampai rumah terus capai mamariam 1 sudu dlu..

Allahu
Masa tu husband kata klau pgsan dia nmpak emergency hosp pantai yg dekat dgn rumah kami ni ja la.

Mar pulak masa tu duk pkiaq bertahan mar bertahan. Takut klau pgsan jadi apa2 kat baby ja.. Dan tau dah ni hypo ni.

So next time pi klinik kena prepare kurma.
Mar pregnant kalini mmg xsuka makan dan mnum manis2 tapi pelik lekat gdm. Ni orang kata pembawakan budak. 

Baby.. Mummy ngan dady nak sangat baby jadi peneman kami di dunia. Menghiburkan kami. Menceriakan rumah ni.. Please kuat dan bertahan dengan mummy 36 minggu at least ya❤️

Cervical Cerclage ward in 3h 2mlm

 Tulis simpan sini kenangan

Pengorbanan mummy demi ikhtiar baby ckup 37w kali ni.


Mummy kena ward in 3hari 2 malam dekat hospital sultan abdul halim, wad kenanga 9 untuk prosedur


Mulanya mummy nk buat kat swasta ja tapi kos 8k kat swasta.. Tak tertelan air liur.. Kat gomen baru rm54😂


So 15hb mummy kena swab test hidung dengan tekak. 17hb result keluar negatif.


18hb ward in

19hb procedure. Masuk bilik OT

20hb balik


Nnati mummy sambung taip eh. Malasnya ha nk menaip.pregnant kli ni gila2 punya malas🤣




17.03.2021 Eh start terus alahan

Kemaren baru tengok baby twin
Harini dah start muntah😂

Mindset ke camna ni
Baru ingat pregnant kali ni takda alahan.
Kena prepare mental kuat

Bulan depan nak puasa dah
Entah dapat puasa ka tak kalau alahan teruk ni.

Apapun kalini dah janji takkan merungut macam last pregnant. Terima peluang kedua ni dengan bersyukur.

Alahan pun bersyukur
Tak alah pun bersyukur

Doakan mar terus kuat

16.03.2021 Spotting again? Allahu

Pagi tadi bangun tgok2 ada spotting
Pukul 10 pagi pun ada
Terus wassap klinik tanya. Tak pa ka

Klinik minta datang pukul 5.30 jumpa doctor. Allahu nervousnya

Ya Allah kuatkanlah kandungan ku kalini.
Bertahan la baby


Bila doc scan
Doc sebut Alhamdulillah
Ingatkan sebab kandungan selamat

Rupanya kembar!!!

Terkejut kami laki bini
Sampai lupa syam nak ambik gambar doc scan, doc pun lupa print😅

Mmg x expect kembar sebab bacaan kalini HSG 4ratus lebih ja berbanding twin dlu 8ratus lebih

Doc kata tadi tadi 4ratus tu pun dah tinggi
Dan mar expect 1 lagi maybe dia lekat lambat kot

Dan doc cek kantung semua normal Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

Doc kata kemungkinan darah implantation
Teruskan ja ubat hormon macam biasa.

Moga mar sihat kalini. Mmg surprise sgt ni
Balik ni kena rest betul2 risau jugak duk spotting ni

Doakan ya
Doakan kandungan kalini bertahan cukup 37minggu dan baby dan mar sihat❤️

Mar belum start muntah2 apa
Cuma angin naik kepala
Tapi belahak dengan kentut ja😂

Macam tu lebih ok dari duk muntah2.
Doakan ya
Doakan mar sihat. 

7.3.2021 - BHCG Result for 3rd IVF

Dah semestinya malam tak boleh tidur tenang.. Sampai termimpi nak tunggu result ambik darah.

So pukul 9 pagi siap2 pi hospital yang x sampai 5 minit ja dari rumah.

Nervousnya lahaiii
Ivf kali ke 3 ni semua benda mar nervous
Tak tau nak kata tapi lain betul. 

Tiga kali ivf
Tiga pengalaman berbeza

Dulu 2kali buat kat hospital amanjaya laguna ni kena caj 250 camtu la jugak.. 

Kali ni dorang tukar hospital pantai ambik alih. Kena caj RM42 ja weyh! Terkezut hakak.

Dorang kata result petang. 
Risau petang lewat pulak. 
So mar beranikan diri beli UPT case rm13 balik rumah terus buat. Tapi tak berani tgok! Takuuuuuttttt

Dalam 15 minit macam tu baru pi tengok
Jantung macam nak luruh!!!! 
Dup dap dup dap dup dap! 

Terima kasih Allah😭 Terima kasih untuk peluang kedua ni🤲Alhamdulillah.. MasyaAllah Tabarakallah... Semoga kandungan kali ni selamat sehingga cukup bulan dan sihat  

Syam tak tau mar test 
Pukul 3 mar try call lab
Dorang cakap result dah siap

Walaupun dah double line
Im still nervous! 
Sebab pudar ni

Takdan buka sampul lagi dah nampak 4++ Alhamdulillah tarik nafas lega. 

dulu masa twin 8++ so mar syak kali ni lekat sorang. Mgkin sebab tu baru ni spotting dan result upt kabur x mcm twin dulu. 

Apapun mar bersyukur sangat2
So terus ke alor star sambung ambik ubat

Kena teruskan makan progynova mcm biasa
Ustrogestan mcm biasa
Dan tambah duphaston utk kuatkan rahim


Total ubat kena RM576. 
Next jumpa doc utk scan 21.3

Kalau ada yang baca ni tapi tak tau sebenarnya mar pregnant. Mohon doakan kandungan ni selamat.. Mar dan baby sihat ya. 

Buat masa ni mar tulia dekat blog ni pengganti diari bertulis mar. 

Dan buat masa ni xda sapa pun tau. 
Mar dgn syam decide untuk rahsiakan dlu even dgn famly sendiri sebab masih baru. 

Lagipun mar xnak stress bila satg org asyik duk kata "jgn pi mana dah kalini pregnant". Dan ungkit kisah lama sebab kami sendiri pun masih kuat memory apa yg pernah jadi kat kami


Dan kami pun xnak benda tu berulang
Cuma kami keep on doa Allah jaga sehingga baby cukup bulan dan sihat.. Membesar jadi anak yang meriahkan rumah ni dan peluang untuk kami jadi parent ❤️


Actually ada video mar rakam buat memory mar utk tau result kali ni.. Nangis2 sebab bersyukur sgt. 

Thanks you Allah untuk peluang ke dua ini yang teramat mahal nilainya. 




Spotting nak dekat result day

Harini hari ke 9
Petang kemaren masa nak mandi malam
Perasan ada spotting darah tapi skit sgt2
Dan merah jambu

Terus risau sebab duk rsa mcm sengugut tu tapi sat2 macam tu ja. 
Alaaa... Nak period ka😭

Tapi masa 1st ivf x menjadi dulu tak macam ni pun. Embrio gugur ka😭

Terus search kat Google spotting during ivf then terjumpa ni
Katanya boleh jadi masuk 2 embrio
1lagi x lekat tu yg drop jadi spotting

Harini still ada
Tapi sama skit sgt2
Dan rsa cramp tu sat sat ja mai

Nak beli upt test pun seeloknya cek awal pagi punya urine. Esok dah nak cek darah

So tunggu result darah esok ja la
Harap sangat mengandung kali ni😭😭😭

Dari kemaren dulu mata belah kiri duk kedip2.. Bukan nak percaya org kata petanda tak baik.. Tapi tu la😭

Alahai bila susah hati ni
Mcm2 pikir
Tp dalam masa yg sama duk doa moga mengandung dan bby kuat

Xda apa yg pelik2




Test UPT sebelum Tarikh Result

Haa nak cerita lepas balik Fet kali ni
48jam syam tak bagi dduk sgt. Dia asyik suruh baring ja sebab tempoh implantation kan. 

Yang kali ni mar pulak mcm xreti duk diam😅. Ada jugak rsa symptom nak period. 

Ada mcm rsa dekat bhgian ari2. Bukan cram tapi ala2. Sat2 ja. Harap2 tu implantation. 

Makan mar bedal ja kari
Sambal nasi lemak 
Kerepek pisang 
Apa nak makan. I bedal buat pregnant, alahan mcm sblm ni mmg xleh mkn best2😅 tapi makanan separuh masak, tomyam, sushi mar elak la.

Nak cerita nya teringat masa 2nd ivf hari ke 7 fet pi cek upt nmpak double line. 
Perangai tak sabar nak tau lekat ka tak ni kemuncak la ivf ke 3 ni 
Klau mai ke pikir takut xlekat tu nervous Ya Rabbi 

So mmg dah bawak balik UPT yg pernah cek dlu masa ivf ke 2.kira lama dah upt ni. 

Ya Allah frustnya bila 1 line ja😳
Xtau nk ckp frust tu camna. 
Dah cek senyap2
Syam xtau. 


Tapi mai petang ke malam macam nmpak garis satu lagi. Takkan tak kuat hcg? Dlu elok ja.. Ka kalini lekat tapi bukan kembar tu yang tak nmpak. Ke upt expied? 

Uwarghh mcm2 dah persoalan. 

4.3 hari ke8 cek lagi sebab bwak balik 1 lg upt. Cek lagi.. Sama jugak! Awal2 nmpak 1 line lpas nk tgh hari nmpk mcm pudar sgt 1 lg line.

Kalini dah bertambah frust
Xda mood dah pkir klau xjadi ka lini camna😭 umur 31 dah ni. Tahun ni 9 tahun dh kwen.. 

Ni bgtau syam
Ckp kat dia
Nk beli upt lain cek boleh dak

Mmg dia xbagi
Dia suruh tunggu ja ahad ni test darah


Alaaa
Nak tau dlu
Seram ni.. 

pudar sgt line ke 2, 4.3 tu..adeh gatal nak cek lepastu asyik duk memikir

Frozen Embrio Transfer 25.2. 2021

Lewat sehari update posting
Kemaren nak update terus malas🤣

So harini rehat kat rumah
Banyak masa terluang
So harini la baru mengupdate
Kena update jugak untuk rujukan masa ke depan dan jugak kenangan anak baca hahaha

Cerita dia appontment kami 12.30, 25hb dekat vistana fertility centre. Sebab ni firstime fet kat sini so nervous tu ada. Tapi mmg kali ni macam2 nervous. Tapi lepas balik relax ja aih😅. 

The best kalini
Doc tanya husband tak masuk ke marziana?

Waaaaah husband boleh masuk tgk sesi fet la... So doc panggil husband masuk dan dia snap gambar blastocyst dekat screen dalam OT.. Tu pun doc kata.. 

"encik boleh snap gambar tu ya"

Masa hari embriologist thow embrio pun dorang snap sent ke wassap. Sebelum ni masa dekat tmc xda pulak dihantar gini. So layanan special la kalini.. Dengan moment husband boleh masuk tgk

Jap nak attach gambar
ni gambar hari thow embrio 23hb..

So doc biar 3 hari tgk progress 2 yang ok untuk dimasukkan.. 

2 yang bulat besar tu dimasukkan.. Yg kecik ni yang gred fair good. Sebab kami minta doc unfreeze tiga2 kan.

Yang atas sekali tu doc kata dah nak keluar dari sarung dah tu.. Maybe petang kemaren dah keluar untuk implantation.. Yang satu lagi dalam tempoh 48jam..

Masa fet ni mmg kena tahan kencing sebab last 2nd fet tahan sgt2 sampai doc kata boleh kencing skit ni.. Satg tak tahan pulak.. So kalini pandai agak dah. 

Boleh bertahan lama la
Klau tak lepas habis procedure gedik2 nak terkencing 

ni gambar pundi kencing penuh dgn rahim bwah tu.. Doc scan untuk make sure dorang release embrio dekat rahim dan tak ke fallopian tube..

So lepastu naik weelchair rehat dekat katil lama jugak dekat sejam ha
Pakcik ni teman.. Awai2 tu nak pegang hp pun xbagi suh baring straight ja.. Alahai.. Lenguh pinggang. 

So doc kata balik sambung progynova 3kali sehari dan ustrogent 3bji 3kali sehari. 

Sejak pkai ustrogen ni.. Pkui 4 pagi mesti terjaga sebab tak selesa dia cair.. 

Tapi asbab terjaga pi toilet cuci tu push diri buat tahajud 2rakaat.Doa moga Allah izinkan kali ni menjadi hingga cukup 9bulan dan dilahirkan dengan selamat dan jadi anak yang soleh@solehah.

So next tunggu 7hb 3 untuk test darah HCG. Alahai nervous nya haaa.. 

Kos kemaren rm2754

Target untuk 10 hari rehat ni
Nak banyakkan baca makna surah dalam alquran dan hafal al mulk. Doakan eh

19.2.2021 tvs check dinding rahim

Ya Allah nervous tu tahap sampai tak boleh tidur semalam sebab pagi tu nak jumpa doc 9.30 am

Bukan first time tapi still nervous lain macam. 

Eh blog ditulis 20hb. 
Buat kenangan. 

Hasil tvs dinding rahim 9mm i think ukuran dia so doc proceed sambung makan progynova tu 3x sehari dan tambah ubat masuk kot vagina. 3x sehari 


Baki embrio ada lagi 3
Doc plan nak masuk 2
So simpan satu
Doc akan start cairkan 3hari awal sebelum embrio transfer.. Kalau embrio tak berkembang elok, procedure tak dapt teruskan

So we all discus untuk cairkan tiga2
2 yang kembang ok masukkan 25hb ni.. 1 lagi sambung simpan.. Doc kata price naik skit la sebab kos cairkan 2 tube dan simpan balik 1 tube tu. 

Its ok atas persetujuan untuk lebih secure. 

Haritu punya kos 

Rm555
Ubat+scan+consult

So ready untuk khamis ni embrio transfer
RabbiYassir Wala Tuasir
Moga dipermudahkan urusan kami kalini untuk dikurniakan zuriat bulan 11 ni❤️



ready for 3rd Frozen Embrio Transfee

Setahun tak buat apa kononya org kata lepas dah beranak senang lekat sendiri.

Hurmm
Org kata ja
Apapun semua rezeki dari Allah. 

Masa berlalu dengan pkp lagi
Lastly january 2021 tekad nak buat yang ke 3 nak masukkan tiga2 embrio terus

Lepas jumpa doktor
Doktor nasihatkan masuk 2 ja sebab history laluan buka awal.. Risau still lemah kalau 3 orang.. Itupun doktor kata sebaiknya 1 lagi selamat. Sebabnya walaupun nanti akan jahit tapi tak menjamin yang laluan takkan terbuka. 

Allahu
Jagalah kandungan aku kalini Ya Allah
Moga kalini lekat dan selamat 9bulan dalam kandungan dengan sihat

So mcm biasa ambik ubat turun period sebab pcos masih berleluasa. Selagi tak makan ubat duk gelong dia tak trun2. 

So harini 8.2.2022 tarikh first day period
Wassap klinik inform
Dorang suruh cari dekat farmasi ja progynova 2mg dan start makan 3x sehari. 

Fight jugak aku dengan klinik sebab hartu doktor kata nak cucuk macam 2nd time. 
Dorang reconfirm balik, doktor kata tak payah cucuk sebab last time ccuk pun dinding uterus tak tebal jugak.. Kena bantuan ubat jugak.. So dorang proceed ubat saja..


Actually aku nervous
Sebab firstime dlu guna cara ni
Tapi tak berjaya lekat😭

Ya Allah
Kalau kali ni tak berjaya
Tinggal 1 lagi ja embrio dan embrio tu bukan gred A

Allah
Dan aku tak tau aku kuat ke tak untuk buat yang ke 4 pulak😭😭😭😭

Tak tau kenapa
Awal2 dah rasa down
Dah rasa macam tak berjaya. 
Ya Allah...

Emo teruk harini fikir sangat
Dengan badan rasa nak demam. 

Dengan sekarang musim covid19
Asyik pkp ni jadi serabut jugak la

Tolong doakan ivf ke 4 ni berjalan lancar
Result pregnant dan baby selamat 9 bulan. 
Tolong eh
Aku tak tau kalini apa perasaan aku masa nak ambik result nanti

Teriyaq teruk ka
Xda tangisan ka
Entah

Cuma aku tak sabar
Tak sabar nak lalui journey berita gembira ni sekali lagi dengan berat badan aku yang berat mata memandang berat lagi laki aku duk tengok😂

66.7kg oi
So target aku lepas beranak la pkiaq kuruih balik

Doakan eh
Malam ni aku start makan progynova 2mg 
Beli dekat georgetown farmasi 2kotak
Rm56



 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in