7.3.2021 - BHCG Result for 3rd IVF

Dah semestinya malam tak boleh tidur tenang.. Sampai termimpi nak tunggu result ambik darah.

So pukul 9 pagi siap2 pi hospital yang x sampai 5 minit ja dari rumah.

Nervousnya lahaiii
Ivf kali ke 3 ni semua benda mar nervous
Tak tau nak kata tapi lain betul. 

Tiga kali ivf
Tiga pengalaman berbeza

Dulu 2kali buat kat hospital amanjaya laguna ni kena caj 250 camtu la jugak.. 

Kali ni dorang tukar hospital pantai ambik alih. Kena caj RM42 ja weyh! Terkezut hakak.

Dorang kata result petang. 
Risau petang lewat pulak. 
So mar beranikan diri beli UPT case rm13 balik rumah terus buat. Tapi tak berani tgok! Takuuuuuttttt

Dalam 15 minit macam tu baru pi tengok
Jantung macam nak luruh!!!! 
Dup dap dup dap dup dap! 

Terima kasih Allah😭 Terima kasih untuk peluang kedua niđŸ€ČAlhamdulillah.. MasyaAllah Tabarakallah... Semoga kandungan kali ni selamat sehingga cukup bulan dan sihat  

Syam tak tau mar test 
Pukul 3 mar try call lab
Dorang cakap result dah siap

Walaupun dah double line
Im still nervous! 
Sebab pudar ni

Takdan buka sampul lagi dah nampak 4++ Alhamdulillah tarik nafas lega. 

dulu masa twin 8++ so mar syak kali ni lekat sorang. Mgkin sebab tu baru ni spotting dan result upt kabur x mcm twin dulu. 

Apapun mar bersyukur sangat2
So terus ke alor star sambung ambik ubat

Kena teruskan makan progynova mcm biasa
Ustrogestan mcm biasa
Dan tambah duphaston utk kuatkan rahim


Total ubat kena RM576. 
Next jumpa doc utk scan 21.3

Kalau ada yang baca ni tapi tak tau sebenarnya mar pregnant. Mohon doakan kandungan ni selamat.. Mar dan baby sihat ya. 

Buat masa ni mar tulia dekat blog ni pengganti diari bertulis mar. 

Dan buat masa ni xda sapa pun tau. 
Mar dgn syam decide untuk rahsiakan dlu even dgn famly sendiri sebab masih baru. 

Lagipun mar xnak stress bila satg org asyik duk kata "jgn pi mana dah kalini pregnant". Dan ungkit kisah lama sebab kami sendiri pun masih kuat memory apa yg pernah jadi kat kami


Dan kami pun xnak benda tu berulang
Cuma kami keep on doa Allah jaga sehingga baby cukup bulan dan sihat.. Membesar jadi anak yang meriahkan rumah ni dan peluang untuk kami jadi parent ❤️


Actually ada video mar rakam buat memory mar utk tau result kali ni.. Nangis2 sebab bersyukur sgt. 

Thanks you Allah untuk peluang ke dua ini yang teramat mahal nilainya. 




0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in