Journey Premature Baby di Nicu

 Harini 30 hari double A di NICU.

Awal2 doc dan nurse duk call hari2 tanya susu ada ka tak. Sampai la 6hb nurse call masa nak vaksin 2nd dose. Mar tanya tak dapat ke susu dari wad kenanga dan dorang kata tak dapat. Then terus mar hantar susu haritu ke nicu. 

Hari ke 10 call nicu cakap dengan nurse minta boleh ke nurse ambikkan gambar baby sebab mmg tak jumpa langsung baby lepas lahir. Suami pun xsempat. Alhamdulillah nurse bgtau ada hp sister pegang time tu then dia kata lepas bagi susu anak saya sent gambar ya.


Punya tunggu sampai petang jugak la. Mula rasa macam hampa sebab mgkin nurse lupa kot. Tetiba wassap masuk gambar baby♥️ Alhamdulillah dapat jugak gambar baby. 


Mula la belek muka sapa ni. Ikut mummy ke dady. 

17 September 

Tengah duk layan cerita petang tu sebelum asar, nurse call.. Minta mai hosp sebab doc nak ambik darah untuk kakak. 


So lepas asar terus mandi siap pi nicu. Ingat boleh tengok baby. Semangat la i pun.. Sekali ada bilik asing luar nicu dekat guard. Doc keluar ambik darah kat situ ja. 


2cc ja ambik darah

Tanya doc baby darah apa. Doc kata tak tau sebab kena ambik darah banyak klau nak cek. Kesian dgn baby sebab urat depa haluih ja. Mmg untuk transfuse darah perlukan darah ibu dan akan matchkan dengan darah anak dlu untuk test kemudian baru transfer. 


20hb September 

Doc call syam pulak kata nak ambik darah untuk adik. So kali ni mar jalan sorang ja ke nicu sebab pagi kan payah parking. 


Baru ja kemaren syam hantar susu, harini pi lagi. 

Sebelum doc ambik darah, ada doc sorang mai bawak surat consent untuk tranfuse darah dengan ambik air tulang belakang. 

Sebelum ni ada baca dalam group Nicu pasal air tulang belakang ni so xda la cuak sangat. Tapi tanya jugak doc ada side effect dak. Doc kata xda dan baby senang sembuh. Doc ambik sebab dorang detetc ada kuman dalam darah baby dan sekarang mmg dah on antibiotik paling kuat dah. Dorang tak nak kuman sampai ke otak baby. So dorang perlukan air tulang belakang tu untuk kenalpasti dan boleh tau untuk berapa lama dorang on antibiotik ni

Bila tya doc apa punca kuman dalam darah. Doc kata xleh nak kata sebab bby prem mmg antibodi low dan mudah kena jangkitan. So klau tak sentuh pun boleh kena. Dengan persekitaran ja. 


Asbab ni la depa sgt menitik beratkan time covid ni tak bagi parent masuk. Bygkan klau parent baby sebelah bwak covid masuk, bhya dekat baby sebelah. Even parent xleh masuk ni pun dorang boleh berisiko dengan doc atau nurse yg mungkin bwak virus tu. So bila avoid parent masuk dapat kurangkan risiko tu. 


Bila fikir macam ni, mar rasa tenang wpun xdapat jumpa baby. Tapi hari2 duk tengok gambar depa, doakan depa kuat dan cepat sihat. 


Sebab berat depa pun baru ja naik berapa gram. Harap lepas 30 hari ni depa akan naik lagi banyak. 


23hb september


Doc call sekali lagi nak ambik darah untuk adik. Bila pi kali ni doc ambik untuk 2 orang siap2. Nasib rumah dekat dengan hospital.. So ulang alik pun xpa.. Klau dapat jumpa baby setiap kali pi best jugak.. Bila tak dapat jumpa rasa lain la. 


Dan lega jugak doc dah ambik 2 siap2 sebab esoknya ada doc lain call nak ambik darah. Dan nasib mar bgtau kata kemaren doc dah ambik lebih siap2 dah. So tak payah pi dah. 


Rutin hantar susu dan pampers syam hantar bila doc tak panggil. Kalau doc panggil, alang2 mar bawak susu tu pi. 

Ni masa pi first ambik darah.. Ingat dapat jumpa baby









1 comments:

  1. Semoga twin baby membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.. aamiin..

    ReplyDelete

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in