About me


Assalamualaikum
Salam perkenalan..

Kepakaran saya membantu wanita yang berkerjaya dan telah berkahwin yang mengalami masalah kenaikkan berat badan secara mendadak kembali langsing menawan dengan semudah menikmati gula gula kurus.

Sebelum saya terjebak dalam bisnes online, saya merupakan seorang jururawat di hospital kakitangan kerajaan.Semasa saya baru sahaja bekerja, saya berniaga direct selling secara partime di mana saya mendapat komisen sebanyak 3kali ganda gaji saya selama 3 bulan berturut turut. Bila saya tak berminat dengan kerjaya jururawat dan saya boleh dapat pendapatan yang lumayan ketika bisnes part time, saya tekad untuk full time dan focus pada bisnes supaya boleh dapat berganda-ganda.


Berhenti tanpa mentor yang betul dan ikut emosi sendiri yang terlalu teruja.Bisnes saya drop selepas saya resign! Apa yang lebih malang, saya dah pun buat full loan personal sebelum resign.Komitmen bulanan saya mendadak naik dan tak dapat dicover dengan komisen saya setiap bulan tersebut.
Atas nasihat suami saya,yang mana ketika itu kami masih bertunang untuk saya stop bisnes tersebut! Kemudian saya mulakan bisnes di facebook apabila melihat sahabat sahabat suami yang berniaga di facebook pun lumayan pendapatan mereka.

Ketika diawal berniaga di facebook,saya bermula dengan menjadi dropship. Keuntungan sedikit dan ia memerlukan saya berusaha cara lain selain mengharapkan 100% pada bisnes di facebook saya. Saya berniaga sengkuang calit di uptown bayan baru sepanjang bulan puasa tahun 2012 . Berulang alik dari tanjung tokong ke bayan baru setiap petang dan balik pukul 2 ke 3 pagi.Bangun pagi badan sentiasa rasa letih dan menangis mengenang kesilapan yang saya sendiri lakukan.
Tapi kehidupan mesti diteruskan. Sambil berniaga sengkuang calit sambil berniaga di facebook.

Sehinggalah saya terfikir untuk mencari guru yang boleh mengajar saya berniaga di facebook supaya saya dapat shortcut masa saya dan melonjak naik bisnes saya.Bermula dari sini lah saya hadir ke seminar facebook power oleh bryan gan . Balik daripada seminar tersebut ,Alhamdulillah pendapatan meningkat apabila produk yang dijual ketika itu juga menjadi fenomena.


Long short story
selepas tu saya mula join seminar dianjurkan oleh richwork seperti AMP,IMKK dan RKMJ.
selain tu, ada banyak seminar luar yang saya sertai dan memberi kesan yang powerful dalam perubahan bisnes dan diri saya seperti Super Highway Wang, Aura diri



ketika saya mula hadir program richwork bermula 2012.Ketika saya lihat feedback peserta yang berjaya, majoriti pengasas produk. Saya tanya pada diri " jual produk orang tak boleh hit 1 million ke?"
Saya sahut cabaran diri saya sendiri untuk beri inspirasi pada orang lain yang jual produk orang lain pun boleh capai millionaire. Yang penting, Fokus!

Sebenarnya tahun lepas,dalam tempoh 9 bulan sahaja sudah dapat mengumpul 1 juta.Kalau sapa sedia maklum, masa tu memang Sweet Sour Candy (kini dikenali sebagai MINCE aka gula gula kurus) belum wujud lagi. 80% daripada jualan produk orang .20% daripada ebook saya sendiri.

Saya nak buktikan pada anda yang sekarang menjual produk orang lain, anda pun boleh mencapai jualan 1 juta. Dan itu yang saya tengah create di team ‪#‎DiMar‬.
Apapun, anda kena faham proses yang dilalui bukan sehari dua, bukan sebulan dua, saya sendiri mengambil masa 2 tahun dan tahun lepas tahun ke 3, Alhamdulillah berjaya capai target saya!
Mungkin ada yang kata lamanya.. Doc sendiri ada cakap tanpa ilmu, ramai usahawan meniaga lebih 3 tahun pun tak pernah achieve 1 juta. so anda boleh pilih skim cepat kaya dan cepat lingkop atau readykan diri untuk fokus untuk 2 tahun!

Kalau ada yang baca kisah saya di Metro harini, pasti anda faham bagaimana seksanya saya bermula. Dahla nilai yang ditipu itu adalah loans saya dengan bank, saya merasakan sangat pedih berniaga penat lelah dan tiap2 bulan ibarat bayarkan hutang orang! saya tak tahu apa keadaan insan yang menipu saya tu sekarang dan kalau bukan kerana dia menipu pasti saya tak berazam dengan sungguh2 untuk bangkit dan tidak bergantung pada orang lain.

Jujur, di IMKK saya memaafkan insan tersebut dan slow slow kebahagiaan rumah tangga datang walaupun kami belum dikurniakan zuriat. Dan perniagaan semakin hari semakin Alhamdulillah.
Terima kasih Dr Azizan Osman. Banyak perkara yang saya praktikkan dan impikan di seminar dr yang saya kecapi kini.
Ni la untungnya berdoa di majlis ilmu. Tambahan pula kita musafir.


Bermula 2012, ,2014,2015,2016 alhamdulillah saya dapat keluar surat khabar dengan percuma.











Alhamdulillah 4 tahun terlibat dalam perniagaan online,banyak yang saya belajar.
Terutamanya ragam pelanggan.Strategy menarik pelanggan di instagram dan facebook dan ilmu membina ejen saya kongsikan ilmu tersebut melalui ebook.

**E-Book semua ni, saya dah tak pasarkan sebab lama tak update 





Antara kelas kecil yang saya pernah anjurkan adalah
Seminar networking power bersama tuan izan
kelas letopkan jualan di instagram di alor setar,sungai petani,kuala lumpur,subang,kelantan,johor
kelas The secrets of team bersama pengedar .
Tahun 2016 saya ada jugak  kelas merekod kewangan dan jualan .

Nak tengok gambar gambar kena skodeng facebook profile saya ya .
Apa yang saya cuba kongsikan ini adalah supaya anda yang baru nak berniaga dan baru saja baca cerita saya faham,
Saya harini, yang anda lihat sudah ada pejabat dan staff sendiri.

Banyak kejayaan yang Alhamdulillah Allah izinkan capai bukan ambil masa sebulan dua bulan.Setiap kejayaan melalui proses kesukaran.Jika sekarang anda merasakan kehidupan anda sukar.Anda harus kuat untuk hadapi dan percaya Allah akan makbulkan impian anda tepat pada masanya.Sebelum sampai masanya anda harus buktikan Pada Allah yang anda tidak berputus asa, berusaha dengan sungguh sungguh, serta menjaga iabadah kepadanya .



Kini  2017, Alhamdulillah saya banyak fokus pada dimarexclusive.com. Dah ada produk sendiri ni, tanggungjawab lebih besar dan fokus pun perlu lebih. So tahun 2017 ,saya fokuskan untuk lebih ramai mengenali brand DiMAR dan produk produk dibawah DiMAR supaya lebih mudah pengedar untuk meyakinkan pelanggan. Bagi anda yang berminat nak tau apa produk dibawah DiMAR dan berminat untuk sertai team kami, boleh terus ke website kami->http://www.dimarexclusive.com/

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in